RAWANG 13 April - "Saya nampak bas itu dipandu laju dan terhuyung- hayang, malah saya beberapa kali memberi amaran dengan menyalakan isyarat lampu.
http://www.utusan.com.my/pix/2009/0414/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_01.1.jpg
"Bas itu juga menukar lorong ke kanan secara tiba-tiba," kata seorang saksi yang memandu di belakang bas tersebut ketika di Tanjung Malim semasa dia menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
P. Ghhaneshh, 43, yang bekerja sebagai pemandu berkata, semasa perjalanan balik dari KLIA menuju ke Ipoh semula, dia melihat bas itu terbalik di Kilometer 443, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Rawang.
Sementara itu, seorang mangsa yang terselamat ketika ditemui di sini hari ini menceritakan detik-detik cemas bagaimana terpaksa keluar melalui tingkap selepas bas tersebut terbalik.
Dr. Azimah Osman, 36, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur dan hanya menyedari nahas itu apabila bas berkenaan terbalik ke bahu lebuh raya.
"Saya terkejut dan menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap," katanya yang bertugas di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Sementara itu, seorang mangsa, Sulinda Mat Yassin, 31, yang mengandung tujuh bulan berkata, dia amat bersyukur kerana dia dan kandungannya terselamat dalam nahas tersebut.
"Mujurlah saya duduk di tingkat atas bas walaupun pada mulanya saya ingin duduk di bahagian bawah. Ketika itu, saya sedang tidur dan hanya tersedar ketika bas terbalik," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam pada itu, seorang rakan kepada mangsa yang terbunuh, C. Magenthiran, 26, berkata, dia tidak menyangka pertemuan mereka pada majlis pertunangannya di Sungai Petani, Kedah, Sabtu lalu, adalah kali terakhir.
G. Sivaneswaran, 26, berkata, apa yang menghairankan dirinya ialah pada majlis itu, Magenthiran seakan tahu hendak 'pergi' kerana menyatakan tidak dapat hadir pada majlis perkahwinannya nanti.
"Pada masa itu, tidak tahu mengapa dia berkata demikian (tidak dapat datang). Mungkin Magenthiran tahu dia akan 'pergi'," katanya ketika ditemui di Hospital Sungai Buloh di sini hari ini.
Isteri kepada mangsa nahas kemalangan, Zulkhibri Md. Saad, 35, pula berkata, suaminya tidak menunjukkan tanda pelik sebelum kejadian.
Wan Noor Akmar Wan Musa, 39, berkata, cuma suaminya itu pulang ke kampung mereka di Kubang Pasu, Kedah, sehari lebih awal dan bukan sebagaimana kebiasaan iaitu pada setiap Isnin.
Beliau memberitahu, jenazah suaminya itu akan dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung mereka.
0 comment(s) to... “Saksi cerita detik cemas sebelum bas terbalik”
0 comments:
Post a Comment